Sejarah Minorca (ayam)

Minorca jenis antarabangsa telah dibiakkan rakyat Britain berdasarkan baka asli ayam Menorca. Prosesnya bermula semasa pendudukan Britain di pulau ini pada tahun 1708 sehingga 1783, tetapi tidak jelas sama ada prosesnya dilakukan di pulau ini atau di Britain. Kemungkinan ia bermula di Menorca dan bersambung di Britain, di mana ayam-ayam yang diimport daripada Menorca pada tahun 1780an telah didokumenkan.[7]:662 Menjelang 100 tahun kemudian, bakan (yang mana dianggap sebagai satu variati baka "Spanish") menjadi biasa dan telah lama wujud di Devon dan Cornwall, barat daya England, di mana ia dipandang tinggi sebagai baka ayam penelur. Ia telah dipamerkan di Paris, di bawah nama "Barbezieux",[8] dan berkembang ke seluruh dunia.[7]:662 Ia tiba di Jerman pada akhir tahun 1870an,[9] dan dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1888.[4]

Banyak cubaan dilakukan untuk mengubahsuai beberapa ciri-ciri fizikal baka ini termasuk saiz badan dengan mengacukkan dengan Langshan), saiz balung dan cuping telinga, dan kedudukan leher.[7]:662 Percubaan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat pada keupayaan bertelurnya sebagai ayam penelur.[10]

Baru-baru ini, Minorca tidak lagi biasa ditemui di tempat asalnya. Pada tahun 2004, satu projek untuk menilai jumlah dan kualiti stok ayam yang masih ada di ladang-ladang dan rumah-rumah desa di pulau ini telah diselesaikan di Centre de Capacitació i Experiències Agràries de Mao,[7]:663 sebuah kolej pertanian di Mahón, dan keputusannya diterbitkan pada tahun 2006.[1] Sekawan ayam baka telah dipilih berdasarkan kualiti yang mana terdiri daripada 30 ekor ayam jantan dan 150 ekor ayam betina di kolej ini, serta 600 ekor lagi diagihkan pada para pembiak tempatan.[7]:663

Pada tahun 2012, satu program pemuliharaan dan peningkatan ke atas baka Minorca telah diluluskan, yang akan diuruskan oleh Associació de Gallines Menorquines, sebuah persatuan para pembiak ayam di pulau Menorca. [11]

Minorca disenaraikan oleh Ministerio de Agricultura, Alimentación y Medio Ambiente, Kementerian Pertanian Sepanyol, antara baka-baka asli yang diancam kepupusan. Populasinya di Sepanyol pada akhir tahun 2012 adalah 460 ekor; semuanya di Kepulauan Balearic.[12]

Rujukan

WikiPedia: Minorca (ayam) http://www.bdrg.de/mediaarchiv/grab_pic.php?id=105... http://www.caib.es/sacmicrofront/contenido.do?cont... http://www.cime.es/WebEditor/Pagines/file/Butlleti... http://www.magrama.gob.es/es/ganaderia/temas/zoote... http://www.magrama.gob.es/es/ganaderia/temas/zoote... http://www.magrama.gob.es/es/ganaderia/temas/zoote... https://books.google.com/books?id=nAfyUHY42u0C https://web.archive.org/web/20130616062803/http://... https://web.archive.org/web/20171104135004/http://... https://web.archive.org/web/20180612143235/http://...